Ketahanan roh dah jasad perlu dalam usaha mengelakkan diri daripada
gangguan iblis dan syaitan. Selain daripada memperkuatkan roh dengan
menghampirkan diri kepada Allah SWT, langkah berikut perlu dilakukan pada masa
yang sama.
1.
Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama
tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :
“Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan
mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
(Riwayat Al Bukhari)
2.
Berwuduk Sebelum Tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim
yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.
Ertinya : “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan
menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya” Malaikat tersebut
tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa : “Ya
Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci”
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)
3.
Mengambil Berat tentang Solat Berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah S.A.W. telah
bersabda.
Ertinya: “Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan
didampingi oleh syaitan.” Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah,
sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya. (Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)
4.
Mendirikan Solat Tahajjud untuk Memagarkan Diri dari Sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh
memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
5.
Membaca Doa Perlindungan apabila Masuk Di Dalam Tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan.
Doa masuk tandas:
Apabila Rasulullah S.A.W. mahu memasuki tandas, Baginda S.A.W. akan
membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya : “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung
dengan-Mu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan.” (Riwayat Al Bukhari
dan Muslim) Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan
dan betina
Doa keluar tandas:
: Ertinya: "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku
kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit
daripada aku." (Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)
6.
Sentiasa mengingati Allah dan
menghampirkan diri kepadaNya dengan melakukan ibadah yang wajib dan
amalan-amalan sunat yang berterusan. Sesungguhnya semakin hampir seseorang itu
kepada Allah, maka semakin jauhlah iblis dan syaitan daripadanya.
7.
Zikrullah di waktu pagi dan petang,
terutamanya selepas sembahyang subuh dan asar.
" Perbezaan antara rumah yang dilakukan zikir dalamnya dengan rumah
yang tiada zikir adalah seperti hidup dengan mati".Maksud hadis riwayat
Muslim.
8.
Elakkan daripada menangis bersangatan,
menjerit, berbual atau bersolek di bilik air, ataupun menjerit di tempat sunyi.
9.
Sentiasa menutup aurat.
10.
Jangan membunuh binatang yang masuk rumah,
termasuk ular, kecuali setelah memberi amaran sebanyak 3 kali.
11.
Jangan memakai tangkal dan
azimat.
12.
Elakkan tinggal atau berkunjung di rumah usang, kubur, tempat yang terasing. Elakkan sembahyang di
tempat sembelihan binatang, ketika matahari naik atau terbit.
13.
Jangan buang air kecil di batu, beristinjak dengan tulang atau najis.
14.
Jangan buang air kecil atau
bermain-main di pancuran kotor atau longkang.
15.
Jangan biarkan anak-anak kecil
berada di luar rumah ketika matahari masuk. Syaitan berkeliaran pada masa itu.
16.
Tutup semua makanan, jangan biarkan terdedah.
Tutup bekas tempat menyimpan makanan dengan menyebut nama Allah, begitu juga
ketika menutup pintu.
17.
Jauhkan maksiat. Semakin jauh
maksiat, maka semakin jauhlah seseorang itu daripada syaitan dan semakin hampir
kepada Allah SWT.
18.
Jangan berseorangan terutamanya
ketika bermusafir.
19.
Serah diri dan tawakkal kepada
Allah ketika keluar dari rumah.
20.
Baca satu surah daripada surah Al-Quran
sebelum tidur.
21.
Jadikan amalan membaca
ayat ini
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping
nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah
yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
22.
Berikut adalah
senarai ayat-ayat ruqyah syari'yah yang
perlu diamalka:-
Ayat-ayat asas Ruqyah Syari'yah
1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-naas
Ayat-ayat Pembakar
1 Ali Imran ayat 181.
2 Al-Anfal ayat 50
3 Al-Hajj ayat 9
4 Al-Hajj ayat 19-22
5 Al-Buruj ayat 22
Ayat-ayat Syifa'
1 Al-Isra' ayat 82
2 Yunus ayat 57
3 At-taubah ayat 14
4 An- Nahl ayat 69
5 As-Syu'ara' ayat 80
6 Fussilat ayat 44.
sumber: internet,buku-buku
Allahu'alam... Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku, mahupun yang akan berlaku..Wassalam..
Yang buruk datangnya dari kelemahan saya , Yang baik hanya dari ALLAH yang MAHA BESAR