Thursday, July 28, 2011

Magic mashroom house

Magic mashroom house

Tengah2 saye duk search internet tuk finishkan assignment...tetibe la saye terbukak satu laman web nie..citer detail sal umah yang namenyer “Magic mashroom house”. ...fuyoo...tgk design umah die...hebat...tengak r sendiri...

Inside the Magic Mushroom House




Dibina selama beberapa tahun bermula pada tahun 1973, outside profile of this Aspen, Colo, Rumah – merupakan hallucinogens yang sangat popular pada era itu inspirasi nickname, - the magic mushroom house. Bagaimanapun, arkitek, juru bina dan owner rumah ini, Andre Ulrych, berkata beliau telah ilham rekabentuk dari nautilus shell





Hiasan termasuk rustic wood, moss rock dan spider plants yang bergantungan. Di tengah2 rumah adalah berbentuk satu pusingan, terdapat ruang tamu yang tersembunyi yang mana owner nya refer to as "love pit." Private la cikit...





di belakang dinding bata bar corner ini terdapat set seni cerbisan kaca berwarna yang dihadapannya terdapat arca bebas daripada logam hasil kerja tangan Mr. Ulrych yang menyerupai sepasang sayap.





Pada aras bawah terdapat ruang tamu kecil, dapur, gimnasium dan suite master.





Semua batu lumut dikumpulkan dari kawasan Aspen oleh En Ulrych dan isterinya, Jyoti.





The approximately 6,000-square-foot house coils around itself, ,, termasuk bilik dan balkoni that constitute 12 levels.





Di sebelah kiri, terdapat a railing-less balcony Cik Findlay merujuk kepada sebagai " go-go platform;" sebagai tempat untuk pasu tumbuh-tumbuhan.





Colorful doorway dividers section off the secluded fourth and fifth levels






Sebuah arca, "tablo Sepanyol," oleh Guy Dill, tinggal di belakang rumah






hebat kan...manusia boleh terfikir nak buat semua nie....tapi lagi HEBAT ILMU ALLAH, YANG MEMBOLEH KAN MANUSIA TERFIKIR SEMUA NIE....ilmu yang kita ader hanyalah setitik dari ilmu ALLAH yang seluas lautan,,,,SUBHANALLAH.....kembalilah kepada-Nya




Tuesday, July 12, 2011

kaabah

Mengapa kaabah terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh
para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah
sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi,
ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and
unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya
seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan
antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki,
Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam
tersebut.








Keterangan :

1. Hajarul Aswad

2. Pintu Kaabah

3. Mizab atau Pancur Emas

4. Syazarwan (konkrit kaki kaabah) adalah bangunan tembok kecil yang mengitari bagian dinding kaki Ka’bah. Ia termasuk bagian dari Ka’bah maka tidak sah thawaf seseorang jika meminjakkan kakinya ke atas Syazarwan sepanjang melakukan thawaf. Di atas Syazarwan terletak beberapa besi penyangkut yang digunakan untuk menyangkut tali tali kelambu / kiswah Ka’bah

5. Hijir Ismail

6. Multazam

7. Maqam Nabi Ibrahim a.s.

8. Rukun (penjuru) Hajarul Aswad

9. Rukun (penjuru)Yamani

10. Rukun (penjuru) Syami

11. Rukun Iraqi

12. Kiswah Kaabah

13. Garis Mula Tawaf



* Penjuru Hajarul Aswad yang menghala ketimur, kedudukan Hajarul Aswad dari lantai lebihkurang 1.5 meter.

* Penjuru Iraqi, menghala ke Pihak negeri Iraq. Jaraknya dari penjuru Hajarul Aswad lebih kurang 12 meter/39.37 kaki. Di sinilah terletaknya pintu Kaabah dan Multazam.

* Penjuru Syami, menghala ke negeri Syam, jaraknya dari penjuru iraqi lebih kurang 11 meter/36.1 kaki dan di sinilah terletaknya Hijir Ismail. Hijir Ismail adalah sebahagian dari Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Maka tidak sah tawaf melalui sebelah dalam Hijir Ismail kerana ia sebahagian dari Kaabah.

* Penjuru Yamani, iaitu penjuru yang menghala ke negeri Yaman. Jaraknya dari Penjuru Syami lebih kurang 12 meter/41.02 kaki, dan Jaraknya ke Penjuru Hajarul Aswad 10.25 meter/33.63 kaki.




Allahu'alam... Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku, mahupun yang akan berlaku..Wassalam..

Yang buruk datangnya dari kelemahan saya , Yang baik hanya dari ALLAH yang MAHA BESAR



Sunday, July 3, 2011

Futuristic house

saya suke tinjau blog2 org puteh, tgk buku2 design… klu korang perhatikan, design rumah diowag cantik2…unik sangat… diowang nie suke buat bende pelik2kan….kat cini adalah cikit rumah yang saya amik dari intenet… unik..kadang2 tak masuk akal jgak…camne la diowang leh buat.. subhanallah, maha sucu Allah...betapa pemurahnya Allah, beri ilmu pada manusia, sampaikan manusia boleh terpikir nak benda nie semua...bersyukur la atas nikmatNya


The CONCRETE Mushroom House



oleh arkitek James H. Johnson pada 1960-an


Spaceship House




There are quite a few different ones out there.satu-satunya yang terdapat di Tennessee dan sedang dilelong; ada satu di New York yang menghadap matahari, satu di Connecticut dan beberapa yang lain di sekitar. If you are into the unknown, then living in one of these houses could be an out of this world experience for you.


Shoe House




terdapat beberapa versi yang berlainan bagi rumah jenis ini. I like to think that maybe they took the old nursery rhyme to heart when they came up with the concept to this house ..hehehheeh...Mungkin, orang pertama yang membina rumah seperti ini hanya mempunyai obsesi dengan kasut....huhuhu...:-)


ShellHouse




Isla Mujeres, Mexico

If you're going on a beach vacation, why not go all out and stay in a larger-than-life seashell?
Pemilik : artis Octavio Ocampo dicipta ini rumah 5500 kaki persegi pada tahun 1997.
The seashells-by-the-seashore aesthetic doesn't end with the exterior: bathroom sink made of conch shells with coral faucets and a shell-shaped showerhead finish the look
the property: lengkap dengan kolam renang peribadi dan rumah tangga-sedia untuk sewa percutian


sedney opera house




This building was completed in 1973 and has been a popular destination for travelers worldwide. It is mainly and open air destination for the opera and bands to play. Supposedly, the acoustics in the building is some of the best out there and it is all due to the shape of the building.


mushroom house in Boulder,










mushroom House




La Jolla, California

rumah depan lautan ini telah direka dan dibina oleh Dale Naegle pada tahun 1968 untuk Sam Bell daripada Bell's Potato Chips. Naegle telah diarahkan untuk membina futuristic-looking, , earthquake-proof structure. The tram that carried people from the roadside down to the house was eventually taken out of operation, leaving visitors to trek to the house on foot. The Mushroom House merupakan sebahagian daripada projek bangunan yang lebih besar yang bermula pada tahun 1955 dengan sebuah rumah di atas tebing itu, menurut Moden San Diego, telah dirobohkan pada tahun 1990-an


Flintstone House




Hillsborough, California

If this house evokes memories of The Flintstones, you're probably not alone. When a rotary spray gun for cement was invented in the 1970s, architect William Nicholson decided to try something new: He inflated aeronautical balloons, then sprayed them with cement. There was one major setback: Someone on the job didn't watch the weather forecast that day. A heavy rain after the first spraying led to a collapse of the original structure. According to locals, the house was originally off-white; the owners painted it a loud orange, making it stand out all the more. Like many wild houses, some neighbors thought the building was an eyesore. This one was even reported to the Hillsborough neighborhood's architectural review board. But to many others, it'll always be fondly known as the Flintstone House


Dome Home




Dome homes are energy efficient and easy to put up. But, they can have the oddest shapes. I would hate to be the roofer to the ones that require a roof. There are some that do not, but those ones are the weirder looking ones. Take the one in Florida or the bunch of domes connected to create a home in Colorado, these do not require a roof but are still a bit on the odd looking side.


The Magic Mushroom House




Rumah ini dibina untuk kelihatan seperti sekumpulan cendawan. Ia mempunyai semua bahan asli di bahagian dalam dan kelihatan menjadi rumah gelap. Ini boleh membuat ia mungkin lebih sejuk pada musim panas, tetapi boleh menjadi sangat sejuk pada musim sejuk. Rumah ini terletak di Colorado.


The Falling Water House



Rumah ini dibina oleh arkitek terkenal Frank Lloyd Wright. Ia terletak di Pennsylvania. Ia terletak di atas sungai dan you can hear the river from the. You can even lower the floor below the bed so that is opened to the river






Masjid an-Nabawi



Masjid an-Nabawi (Arab: al-Masjid al-Nabawiyah) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.

Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.



Menara masjid Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin, Masjid Nabawi tidaklah memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang berketinggian lebih kurang 27.5 meter pada empat sudut. Kemudian diikuti Qaitbay dengan membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter.





Allahu'alam... Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku, mahupun yang akan berlaku..Wassalam..

Yang buruk datangnya dari kelemahan saya , Yang baik hanya dari ALLAH yang MAHA BESAR

kekasihku subuh....

pada pagi itu,seperti mana2 pagi yang lain,aku menyambut seorang tetamu tetapku. "assalamualaikum,"seru subuh. "waalaikumussalam,"sahutku.dan kami terus berpelukkan,tanda rindu serta sayang.ku tanya khabar subuh,bagaimana keadaannya menggembara dari satu tempat ke tempat."tadi..."kata subuh dengan sayu,"aku baru sahaja melintasi satu tempat,ku cari tempat persinggahan,ku ketuk rumah2 yang sunyi tapi tiada siapapun yang mahu menerima aku sebagai tetamu"..dan airmata subuh pun berlinang.


subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?" subuh mengangkat mukanya seolah2 teringatkan sesuatu."ohya,tadi aku lalu di suatu sungai.orang2nya sepertimu,menyambutku dengan penuh kesukaan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menggiurkan.hidangan yang paling ku sukai adalah buah tahajjud,puas aku mencari dibumi lain,tapi jarang ku temui.disitu aku meratah buah tahajjud dengan puas serta leka"
"maaf subuh,aku tidak menanam pohon al-lail,jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai..tapi aku ada roti syisyam(puasa)" cadang ku kepada subuh,subuh menolaknya dengan penuh hormat."roti itu ada tuan punyanya"kata subuh."adakah mahu manisan zikir?"rayuku pada subuh.."baiklah,ambilkan aku sedikit serta bawakan aku segelas air mata tangisan,"pinta subuh.aku agak sugul,bagaimana harus aku bagitahu pada subuh yang airmata tangisan sudah hampir kemarau akibat maksiat yang berpanjangan?namun,aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan airmata tersebut.aku terkejut,perigi itu hampir separuh penuhnya,dan aku terdetik didalam hati,adakah ini tandanya kemarau akan berakhir??..tanpa berlengah lagi,aku terus membawa air tersebut kepada subuh,tetamu yang ku sanjung dan ku beri kan manisan yang dipintanya..selesai menjamah kesemuanya subuh melirikkan sebuah senyuman.


"subuh"seruku."mahukah kau tinggal selamanya denganku?aku memerlukan teman dalam kesunyian.akan ku layan kau dengan sebaiknya, wahai subuh"subuh tersenyum menandakan permintaan ku tidak akan dipenuhi.."aku perlu menziarahi ramai orang,dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati hati mereka seperti mana aku mengulit mimpimu,"dan aku akur lagi dengan penjelasan subuh."subuh"seruku lagi apabila melihat subuh bersiap untuk pergi."sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?""insya-Allah,"jawab subuh,"bukankah aku kekasih yang kau rindui?"subuh pun berangkat dengan lambat tetapi tetap. "assalamualaikum.."seru subuh,"waalaikumussalam"jawabku kembali,dan mataku terus meniti langkah subuh yang semakin laju dengan setiap langkah.dan akhirnya subuh hilang dari pandangan.....



Hanya Engkau yang Maha Penerima Taubat

DOA UNTUK KEKASIH

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..

Ya Allah... .

Seandainya telah Engkau catatkan... .

Dia milikku tercipta buatku... .

Satukanlah hatinya dengan hatiku... .

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi... .

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... .

Seiringkanlah kami melayari hidup ini... .

Ke tepian yang sejahtera dan abadi... .

Maka jodohkanlah kami... .



Tetapi ya Allah... .

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku... .

Bawalah dia jauh dari pandanganku... .

Luputkanlah dia dari ingatanku... .

Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... .

Berikanlah aku kekuatan... .

Menolak bayangannya jauh ke dada langit... .

Hilang bersama senja yang merah... .

Agarku sentiasa tenang... .

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan... .

Adalah yang terbaik untuk ku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... .

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini... .


Ya Allah... ..

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... .

Di dunia dan di akhirat... .

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian... .

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... .

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... .

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai... .

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah... .



Ya Allah... ..

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...

Dan peliharalah kami dari azab api neraka... .

AMIN... AMIN... AMIN... . Ya rabbal 'aalamin





padaMu kubermohon


YA ALLAH....jiKa cinTA meMhampiRi ku...

Bismillahirrahmaanirrahim


Ya Allah… jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…

Ya Muhaimin… jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana… jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati… jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu…

Ya Allah… jika aku menikmati cinta kekasih Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu…

Ya Allah… jika aku jatuh hati pada kekasih Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu…

Ya Allah… jika Kau halalkan aku merindui kekasih Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu…

…Amin…




padaMu kubermohon


Saturday, July 2, 2011

AKU CUBA MENCINTAI-MU TUHAN

Aku cuba mencintaiMu Tuhan
Hati tidak juga terasa
Aku cuba berkali-kali pun
Tidak terasa apa-apa juga

Aku fikir-fikirkan nikmatMu
Aku kenang-kenangkan rahmatMu
Agar nampak kemurahanMu

Atas nama ilmu aku akur
Namun aku belum juga
Jatuh hati denganMu

Aku susah hati
Aku sedih selalu
Mengapa terjadi begini

Mengapa cintaku padaMu
Belum berbunga lagi
Sedangkan aku tahu aku akui
NikmatMu terlalu banyak padaku

Kalau hendak dihitung
Tidak mungkin dihitung
Walau melalui komputer

Aku iri hati selalu
Cerita dan berita
Orang Soleh zaman dahulu
Hibanya cinta mereka padaMu

Hilang selera makan keranaMu
Asyik memuja dan memujiMu
Mensucikan dan membesarkanMu
Terutama di waktu malam yang sepi

Di waktu orang mimpi
Mereka memujaMu
Merintih padaMu
Mengharapkan kasih sayang padaMu

Air mata mereka membasahi pipi
Ada kalanya menitis ke bumi

Mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibir mereka
Engkau adalah hati jantung mereka

Tapi aku tidak begitu
Aduh keras hatiku..keras hatiku

Hingga kini aku belum
Mencintai Kekasih Agungku

Baru aku sedar
Cinta padaMu adalah anugerah dan hidayahMu
Bertuahlah dan berbahagialah
Orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMu

Aku bila lagi Tuhan
Dapat sedikit pun jadilah

Aku tidak akan putus asa
Aku cuba lagi
Selagi ada nyawa di badan
Di hujung hidupku
Kalau dapat pun sudah cukuplah

Wahai Tuhan Al-Hannan Wal-Mannan



PadaMu ku memohon:-