Mengapa kaabah terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh
para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah
sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi,
ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and
unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya
seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan
antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki,
Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam
tersebut.

Keterangan :
1. Hajarul Aswad
2. Pintu Kaabah
3. Mizab atau Pancur Emas
4. Syazarwan (konkrit kaki kaabah) adalah bangunan tembok kecil yang mengitari bagian dinding kaki Ka’bah. Ia termasuk bagian dari Ka’bah maka tidak sah thawaf seseorang jika meminjakkan kakinya ke atas Syazarwan sepanjang melakukan thawaf. Di atas Syazarwan terletak beberapa besi penyangkut yang digunakan untuk menyangkut tali tali kelambu / kiswah Ka’bah
5. Hijir Ismail
6. Multazam
7. Maqam Nabi Ibrahim a.s.
8. Rukun (penjuru) Hajarul Aswad
9. Rukun (penjuru)Yamani
10. Rukun (penjuru) Syami
11. Rukun Iraqi
12. Kiswah Kaabah
13. Garis Mula Tawaf
* Penjuru Hajarul Aswad yang menghala ketimur, kedudukan Hajarul Aswad dari lantai lebihkurang 1.5 meter.
* Penjuru Iraqi, menghala ke Pihak negeri Iraq. Jaraknya dari penjuru Hajarul Aswad lebih kurang 12 meter/39.37 kaki. Di sinilah terletaknya pintu Kaabah dan Multazam.
* Penjuru Syami, menghala ke negeri Syam, jaraknya dari penjuru iraqi lebih kurang 11 meter/36.1 kaki dan di sinilah terletaknya Hijir Ismail. Hijir Ismail adalah sebahagian dari Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Maka tidak sah tawaf melalui sebelah dalam Hijir Ismail kerana ia sebahagian dari Kaabah.
* Penjuru Yamani, iaitu penjuru yang menghala ke negeri Yaman. Jaraknya dari Penjuru Syami lebih kurang 12 meter/41.02 kaki, dan Jaraknya ke Penjuru Hajarul Aswad 10.25 meter/33.63 kaki.
Allahu'alam... Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku, mahupun yang akan berlaku..Wassalam..
Yang buruk datangnya dari kelemahan saya , Yang baik hanya dari ALLAH yang MAHA BESAR
No comments:
Post a Comment