Friday, January 18, 2013

AMALAN ELAK DIRI DARIPADA GANGGUAN IBLIS & JIN




Ketahanan roh dah jasad perlu dalam usaha mengelakkan diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Selain daripada memperkuatkan roh dengan menghampirkan diri kepada Allah SWT, langkah berikut perlu dilakukan pada masa yang sama.

1.      Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :

“Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”. (Riwayat Al Bukhari)




2.      Berwuduk Sebelum Tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W.

Ertinya : “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya” Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa : “Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci” (Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3.      Mengambil Berat tentang Solat Berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah S.A.W. telah bersabda.

Ertinya: “Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan.” Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)



4.      Mendirikan Solat Tahajjud untuk Memagarkan Diri dari Sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.

5.      Membaca Doa Perlindungan apabila Masuk Di Dalam Tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan.

Doa masuk tandas:
Apabila Rasulullah S.A.W. mahu memasuki tandas, Baginda S.A.W. akan membaca doa perlindungan dengan berkata :

 Ertinya : “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim) Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

Doa keluar tandas:

 : Ertinya: "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku." (Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)


6.      Sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri kepadaNya dengan melakukan ibadah yang wajib dan amalan-amalan sunat yang berterusan. Sesungguhnya semakin hampir seseorang itu kepada Allah, maka semakin jauhlah iblis dan syaitan daripadanya.

7.      Zikrullah di waktu pagi dan petang, terutamanya selepas sembahyang subuh dan asar.  " Perbezaan antara rumah yang dilakukan zikir dalamnya dengan rumah yang tiada zikir adalah seperti hidup dengan mati".Maksud hadis riwayat Muslim.


8.      Elakkan daripada menangis bersangatan, menjerit, berbual atau bersolek di bilik air, ataupun menjerit di tempat sunyi.

9.      Sentiasa menutup aurat.

10.  Jangan membunuh binatang yang masuk rumah, termasuk ular, kecuali setelah memberi amaran sebanyak 3 kali.

11.  Jangan memakai tangkal dan azimat.

12.  Elakkan tinggal atau berkunjung di rumah usang, kubur, tempat yang terasing. Elakkan sembahyang di tempat sembelihan binatang, ketika matahari naik atau terbit.

13.  Jangan buang air kecil di batu, beristinjak dengan tulang atau najis.

14.  Jangan buang air kecil atau bermain-main di pancuran kotor atau longkang.

15.  Jangan biarkan anak-anak kecil berada di luar rumah ketika matahari masuk. Syaitan berkeliaran pada masa itu.

16.  Tutup semua makanan, jangan biarkan terdedah. Tutup bekas tempat menyimpan makanan dengan menyebut nama Allah, begitu juga ketika menutup pintu.

17.  Jauhkan maksiat. Semakin jauh maksiat, maka semakin jauhlah seseorang itu daripada syaitan dan semakin hampir kepada Allah SWT.

18.  Jangan berseorangan terutamanya ketika bermusafir.

19.  Serah diri dan tawakkal kepada Allah ketika keluar dari rumah.

20.  Baca satu surah daripada surah Al-Quran sebelum tidur.

21.  Jadikan amalan membaca ayat ini

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

22.  Berikut adalah senarai ayat-ayat ruqyah syari'yah yang  perlu diamalka:-

Ayat-ayat asas Ruqyah Syari'yah

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-naas

Ayat-ayat Pembakar

1 Ali Imran ayat 181.
2 Al-Anfal ayat 50
3 Al-Hajj ayat 9
4 Al-Hajj ayat 19-22
5 Al-Buruj ayat 22

Ayat-ayat Syifa'

1 Al-Isra' ayat 82
2 Yunus ayat 57
3 At-taubah ayat 14
4 An- Nahl ayat 69
5 As-Syu'ara' ayat 80
6 Fussilat ayat 44.
 

sumber: internet,buku-buku

Allahu'alam... Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku, mahupun yang akan berlaku..Wassalam.. Yang buruk datangnya dari kelemahan saya , Yang baik hanya dari ALLAH yang MAHA BESAR

Thursday, January 17, 2013

...DIsEbaLIK sAtU NaMa~~



Nama perlu dielak dan dilarang.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu."


Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam.Memilih nama perlu ada tujuan.Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu.

Bukankah panggilan itu mengandungi doa?Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.

Jika seorang anak itu namanya 'Mujahid' yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang.Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah SWT.

Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama 'Hazan' yang bermaksud berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita.
Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan banyak masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya; Balqis, Qistina, Najwa, Zaqwan, Zakuan

1. Balqis – ketua jin
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Badrisha/Badlisha/Herisha



Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia  adalah:


1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok.
  •   Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
  • Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
  • Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
  • Wati (Persetubuhan)
  • Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)

2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
  •   Azali
  •  Muhaimin

3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
  • Suyuti (Orang Asyut)
  • Bukhari (Orang Bukhara) 
  •  Ghazali (Orang Ghazal)
  • Nawawi (Orang Nawa)  
  •  Misri atau Masri (Orang Mesir)
  • Baihaqi (Orang Baihaq)
  • Tirmizi (Orang Tirmiz)

4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya

nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.

 5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.

6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab

7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
    Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
    Ghulam `Ali (Hamba `Ali)

8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan,
seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)

 9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
  • Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini
  •  Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.

10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
Ø  Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
Ø  Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.

 11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
    Zaleha – sepatutnya Zulaikha

13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
    Muti`ah (yang taat)

14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:
  • Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)
  • Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut


15. Nama yang terpengaruh dengan budaya  barat, contohnya:
  • Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi Ishak)
  • Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)

16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
  • Syamsul Bahri (matahari lautan) 
  •   Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
  • Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
  • Rafidhi (Syiah pelampau)
  • Atan (keldai betina)
  • Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
  • Jamalullail (keindahan malam)

Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:
    Zainab         - makna baik   : nama bagi sejenis pokok yang wangi
                          - makna buruk : pengecut
    Mu`awiyah  - makna baik   : pembela / pejuang
                           - makna buruk : yang menyalak

 17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.

Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
    Fairuz
    Sirin (manis –bahasa Farsi)
    Rustam
    Sarfaraz (mulia)
    Sibawaih (wangian epal)

 18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
    Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
    Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
    Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
    Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
    Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin  جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’
19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)

 20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.

Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
  •  Syukri (Kesyukuranku)
  • Fathi (Kemenanganku)

Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:

  • Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
  • Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
  • Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri
Nota:
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:

نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.

Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:
    Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.
    Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.
Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang..

21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:

لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]

 dan ayat:

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]



22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:
  • Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah
  • Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s

Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya



Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.

Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).
Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak.

Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia.Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat. Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.


sumber: internet..huhuhu


Allahu'alam... Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang Maha Mengetahui..Wassalam.. Yang buruk datangnya dari kelemahan saya , Yang baik hanya dari ALLAH yang MAHA BESAR