Wednesday, February 6, 2013

SIHIR????? MeLaluI GamBar?????No..No..Nooo


zaman teknologi ni...mmg ramai yang suker capture gambarkan...tambah pulak mcm2 jenis camera n handphone yang canggih dapat hasilka gambar yang meletop!!!!....bukan mengate orang, saya sendiri pun giler camera...huhuhuhu....then, publish kat kawan2....heheheh...tapi, tanpa  sedar mcm boleh terjadi dega hanya sekeping gambar...SERAM nyer biler fikir2 balik....

kat bawah ni...adalah sikit2 cara nak protect diri dari sihir gambar ni...

1.      Sekiranya anda memuat naik gambar di FB, Blog atau mana2 laman sosial jangan sekali-kali mempamerkan keseluruhan tubuh badan biarla hanya menampakkan sebahagian badan sahaja kerana, gambar keseluruhan akan menampakkan kelima-lima pancaindera kita dan memudahkan sihir dihantar.

 Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Syaitan (Jin) itu berjalan di dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir di tubuhnya".

 

2. katakan lah terpaksa bagi gambar penuh (gambar yang mempamirkan seluruh badan) lubangkan sedikit mana-mana bahagian pancaindera contohnya lubangkan di bahagian kaki supaya sihir tersebut sukar dihantar.

 
edit la cikit2 gambar yang nak di publish kan tu...macam  ni...hehheh


3. Amalkam membaca doa ini yang mana Rasulullah ajar jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut :

 

 
Allahu'alam... Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku, mahupun yang akan berlaku..Wassalam.. Yang buruk datangnya dari kelemahan saya , Yang baik hanya dari ALLAH yang MAHA BESAR

Friday, February 1, 2013

salam MAulidur RAsul

Rabiul awal...kembali  lagi... Alhamdulillah,kita masih berpeluang menyambut satu lagi hari kebesaran dalam islam...iaitu MAULIDUR RASUL...




Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.

 

Lazimnya pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

 
 
 
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

 

SEMAI  CINTA RASUL

 

Tanam lah rasa cinta akan rasulullah. Cinta kan kekasih Allah..


"Tidak ada pintu untuk mendapat Kecintaan dari ALLAH سبحانه وتعالى kecuali melalui pintunya RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم. Kerana itu untuk mendapatkan CintaNYA ALLAH سبحانه وتعالى,  dengan cara mencintai orang yang DicintaiNYA, yaitu RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم."

 

Cinta. Apa tanda kita cinta pada Rasulullah?

 

Kenapa perlu cinta kepada Nabi? Jawapannya mudah, kerana sebenarnya ia perintah Nabi SAW. “Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehinggalah aku dicintai melebihi kedua orang tuanya, anak-anaknya dan semua manusia lain.” (Riwayat Bukhari).

 

Ali bin Abi Talib ra pernah ditanya, “Bagaimana kalian mencintai Rasulullah SAW? Beliau menjawab, “Demi ALLAH! Kami mencintai Baginda melebihi harta kami, anak-anak kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami dan bahkan air yang sejuk ketika sedang dahaga.” (Rujuk al-Syifa` oleh al-Qadhi Iyadh)

 

Seandainya kita dalam keadaan dahaga dan ditambah pula waktu panas terik, sudah pasti tidak akan memilih air panas untuk diminum. Namun, bagi para sahabat mereka tidak demikian. Mendahulukan Nabi SAW dalam segala keadaan adalah kewajipan bagi mereka. Ini semua kerana pengaruh cinta.

 

·         membaca kisah perjuangan Rasulullah  dan  hadis-hadis Rasulullah. Dengan membaca tentang Rasulullah, saya berasa saya ingin sangat berada di zaman Baginda dan sama-sama berjuang untuk menegakkan kebenaran. Namun adakah akan wujud rasa cinta kepada Nabi SAW sekiranya kita tidak mengenal keperibadian beliau? Nabi SAW memiliki peribadi dan akhlak yang mulia lagi terpuji dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Kita perlu tahu tujuan utama mengenal peribadi Nabi adalah untuk melahirkan rasa cinta kepada beliau. Apabila akhlak nabi digambarkan sebagai al-Quran, sebenarnya kita perlu faham bahawa Nabi SAW telah membumikan al-Quran di dalam diri beliau, kerana itu wajib bagi kita cinta kepada beliau.

 

Tetapi apa yang berlaku pada hari ini, ramai yang buta dengan sejarah baginda. Tak ambil tahu pengorbanan baginda. Tak hargai. Penat lelah, sakit perit baginda kita buat tak tahu je. Artis lebih kita banggakan.

 

·        BERSELAWAT kepada baginda

 

·        jalankan sedaya mungkin sunnah Rasulullah

 Pujian ALLAH kepada Nabi SAW kerana akhlaknya yang mulia, melalui berfirman-Nya, “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia..” (Surah al-Qalam:4)

 

Cinta kepadanya ialah dengan memperbanyakkan selawat serta melakukan sunnah baginda. Ini tidak. Kita mengaku sebagai umat baginda, tetapi sunnah baginda kita tinggalkan. Baginda tidak dicontohi. Mulut kata cinta, mengaku umatnya tetapi apa buktinya? Masih sayang pada Jahiliyyah.

 

RASULULLAH CINTA KAN KITA

 
 
Rasulullah SAW telah menghiasi hidupnya dengan warna-warna cinta & kasih sayang. Baginda telah mencorakkan perjalanan hidupnya dengan perjuangan dan pengorbanan demi cinta kasihnya. Cinta dan kasih sayang yang tidak ternilai dan di luar jangkaan manusia biasa. Sekiranya kita menelusuri perjalanan hidup baginda serta menghayati setiap degupan nadi kehidupannya, kita akan lihat gambaran wajah kasih sayang yang terlalu mendalam serta cinta yang tidak berpenghujung pada umatnya. Sehingga di akhir hayat baginda.baginda masih ingatkan kita,kitasebagai ummat baginda..kekasih Allah itu masih sempat menyebut nama kita ..... “Ummati, ummati, ummati”, (Ummatku, ummatku, ummatku) (dengan kalimat itu Rasulullah berwasiat agar Ali bin Abi Thalib mengurusi urusan umat Muhammad sepeninggal beliau). Setelah mengucapkan kalimat itu, Rasulullah pun berangkat menuju kekasihnya( Allah swt) dengan tenang. Innalillahi wa inna ilayhi roji’un.

 

"Hidupkan Rasulullah dalam dirimu nescaya kamu akan terjaga dari melakukan perbuatan yang tidak elok kerana takkan sanggup kamu lakukan perkara buruk sedangkan Rasulullah wujud dalam hati kamu..."

( Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid ) 

 

RASULULLAH terlalu cintakan ummatnya, walaupun baginda tidak pernah bersua  dengan kita...

TAPI..KENAPA..KENAPA Kita sebagai ummat baginda masih membutakan hati untuk menyintai baginda...siapalah kita untuk DIBANDINGKAN dengan baginda, insan agung KEKASIH ALLAH TAALA...KITA HANYA INSAN HINA....


 

TIADA RUGINYA CINTA AKAN RASULULLAH...

 

Cinta akan dibalas dengan cinta. Ketaatan akan dibalas dengan kecintaan daripada ALLAH. ALLAH telah meletakkan syarat untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang-Nya yang tidak ada cara lain kecuali dengan mengikuti Baginda.

 

Firman-Nya bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (wahai manusia benar-benar) mencintai ALLAH, maka ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Imran:31)