Maulidur Rasul
berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari
bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan
Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith
riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April
571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu
Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan
kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.
Lazimnya pada setiap
tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati
keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti
perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan
dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau
menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat
betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak
mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira
amal soleh.
SEMAI CINTA RASUL
Tanam lah rasa cinta
akan rasulullah. Cinta kan kekasih Allah..
"Tidak
ada pintu untuk mendapat Kecintaan dari ALLAH سبحانه وتعالى kecuali
melalui pintunya RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم. Kerana itu untuk
mendapatkan CintaNYA ALLAH سبحانه وتعالى, dengan cara mencintai orang yang DicintaiNYA,
yaitu RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم."
Cinta. Apa tanda
kita cinta pada Rasulullah?
Kenapa perlu cinta kepada Nabi?
Jawapannya mudah, kerana sebenarnya ia perintah Nabi SAW. “Tidak sempurna iman seseorang di antara
kamu sehinggalah aku dicintai melebihi kedua orang tuanya, anak-anaknya dan
semua manusia lain.” (Riwayat Bukhari).
Ali bin Abi Talib ra pernah ditanya, “Bagaimana kalian mencintai Rasulullah SAW? Beliau menjawab, “Demi
ALLAH! Kami mencintai Baginda melebihi harta kami, anak-anak kami, bapa-bapa
kami, ibu-ibu kami dan bahkan air yang sejuk ketika sedang dahaga.” (Rujuk al-Syifa` oleh al-Qadhi Iyadh)
Seandainya kita
dalam keadaan dahaga dan ditambah pula waktu panas terik, sudah pasti tidak
akan memilih air panas untuk diminum. Namun, bagi para sahabat mereka tidak
demikian. Mendahulukan Nabi SAW dalam segala keadaan adalah kewajipan bagi
mereka. Ini semua kerana pengaruh cinta.
·
membaca kisah perjuangan Rasulullah dan hadis-hadis
Rasulullah. Dengan membaca tentang Rasulullah, saya berasa saya ingin sangat
berada di zaman Baginda dan sama-sama berjuang untuk menegakkan kebenaran. Namun
adakah akan wujud rasa cinta kepada Nabi SAW sekiranya kita tidak mengenal
keperibadian beliau? Nabi SAW memiliki peribadi dan akhlak yang mulia lagi
terpuji dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Kita perlu tahu tujuan
utama mengenal peribadi Nabi adalah untuk melahirkan rasa cinta kepada beliau.
Apabila akhlak nabi digambarkan sebagai al-Quran, sebenarnya kita perlu faham
bahawa Nabi SAW telah membumikan al-Quran di dalam diri beliau, kerana itu
wajib bagi kita cinta kepada beliau.
Tetapi apa yang berlaku pada hari ini, ramai yang buta
dengan sejarah baginda. Tak ambil tahu pengorbanan baginda. Tak hargai. Penat
lelah, sakit perit baginda kita buat tak tahu je. Artis lebih kita banggakan.
·
BERSELAWAT kepada baginda
·
jalankan sedaya mungkin sunnah Rasulullah
Cinta kepadanya
ialah dengan memperbanyakkan selawat serta melakukan sunnah baginda. Ini tidak.
Kita mengaku sebagai umat baginda, tetapi sunnah baginda kita tinggalkan.
Baginda tidak dicontohi. Mulut kata cinta, mengaku umatnya tetapi apa buktinya?
Masih sayang pada Jahiliyyah.
RASULULLAH CINTA
KAN KITA
"Hidupkan
Rasulullah dalam dirimu nescaya kamu akan terjaga dari melakukan perbuatan yang
tidak elok kerana takkan sanggup kamu lakukan perkara buruk sedangkan
Rasulullah wujud dalam hati kamu..."
( Habib Ali Zainal
Abidin Al Hamid )
RASULULLAH terlalu
cintakan ummatnya, walaupun baginda tidak pernah bersua dengan kita...
TAPI..KENAPA..KENAPA
Kita sebagai ummat baginda masih membutakan hati untuk menyintai baginda...siapalah
kita untuk DIBANDINGKAN dengan baginda, insan agung KEKASIH ALLAH TAALA...KITA
HANYA INSAN HINA....
TIADA RUGINYA
CINTA AKAN RASULULLAH...
Cinta akan dibalas dengan cinta.
Ketaatan akan dibalas dengan kecintaan daripada ALLAH. ALLAH telah meletakkan
syarat untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang-Nya yang tidak ada cara lain
kecuali dengan mengikuti Baginda.
Firman-Nya
bermaksud, “Katakanlah
(wahai Muhammad): “Jika kamu (wahai manusia benar-benar) mencintai ALLAH, maka
ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” ALLAH Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Imran:31)
No comments:
Post a Comment